Tadika Amal

Jumlah Terkumpul

RM2,090.00

Sasaran Kutipan

RM10,000.00

August 31, 2025

Derma Sekarang

Kongsi

Misi Projek

Kempen Dana Pembinaan Jeti Kampung Salangan, Pulau Banggi

Kampung Salangan, terletak di Pulau Banggi, Sabah, merupakan sebuah komuniti yang bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan air untuk keperluan harian mereka. Namun, ketiadaan jeti yang selamat dan kukuh telah menyukarkan aktiviti harian penduduk, termasuk akses kepada pendidikan, perubatan, dan bekalan asas.

Yayasan Amal Malaysia telah aktif menjalankan pelbagai misi kemanusiaan di kawasan ini, termasuk program khatan percuma dan pemasangan lampu solar di Surau Al-Amal. Namun, tanpa jeti yang sesuai, penghantaran bantuan dan pergerakan sukarelawan menjadi cabaran besar.

🎯 Matlamat Kempen

Kami berhasrat untuk membina sebuah jeti yang:

- Menjamin keselamatan penduduk semasa menaiki dan menuruni bot.

- Memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan dan keperluan asas.

- Menyokong aktiviti ekonomi dan pendidikan komuniti setempat.


🤝 Sokongan Anda Diperlukan

Penyumbang Terkini