Wakaf

Jumlah Terkumpul

RM0.00

Sasaran Kutipan

RM30,000.00

December 11, 2026

Derma Sekarang

Kongsi

Misi Projek

KEMPEN DANA WAQAF WATERCOOLER

Hadiahkan Setitis Kebaikan, Sejukkan Dahaga Mereka

Bayangkan setiap hari, anak-anak kecil yang datang ke sekolah dengan penuh semangat untuk menuntut ilmu... namun bila haus, mereka terpaksa minum air paip yang tidak ditapis – kadangkala dari sinki di luar tandas, kadangkala dari pili air di laman sekolah. Bagi sesetengah sekolah di sekitar Lembah Klang dan Selangor, kemudahan air bersih yang selamat dan sejuk masih menjadi satu kekangan.

Lebih menyedihkan, ada murid yang memilih membeli air manis di kantin kerana tiada pilihan lain – air manis yang murah tetapi tinggi gula, menyumbang kepada risiko kencing manis dan obesiti dalam jangka panjang. Ini bukan sekadar soal keperluan, ini soal masa depan kesihatan mereka.

Melalui Kempen Dana Wakaf Watercooler, kami membuka peluang kepada anda untuk menyumbang – serendah RM10 atau RM300/lot – bagi menyediakan kemudahan penapis air sejuk (watercooler) yang bersih dan selamat di sekolah-sekolah yang memerlukan. Bayangkan, dengan sedikit sumbangan anda hari ini, seorang anak kecil dapat minum air bersih tanpa rasa takut, tanpa perlu ke tandas lagi untuk hilangkan dahaga.

Mari kita ubah keadaan ini. Jadilah asbab kepada kesejahteraan mereka. Sedekah jariah ini berpanjangan manfaatnya – selagi murid itu meneguk air dari wakaf anda, selagi itulah pahala mengalir kepada anda, insya-Allah.


Wakafkan hari ini.

Sejukkan tekak mereka, panaskan pahala anda.

Penyumbang Terkini